PEMASARAN UNTUK 5 TAHUN



PERANCANGAN PEMASARAN UNTUK 5 TAHUN :-

Iklan
 - Syarikat Valley Industry SDN BHD  memasarkan dan memperkenalkan produk kepada masyarakat dengan menggunakan media massa seperti facebook, instagram, dab sebagainya mengikut kesesuaian masa kini.

Banner
- Syarikat Valley Industry SDN BHD membuat pemasangan banner disetiap tempat untuk menarik lagi pelanggan di setiap tempat tersebut.

Tamplet atau Broucher
 - Penggunaa tamplet atau broucher juga sangat penting dan diletakkan di tempat awam seperti bank, kedai runcit, dan lain-lain untuk memudahkan lagi pengguna untuk mengenalinya.

Katalog
- Katolog juga menjadi salah satu pemasaran yang syarikat kami gunakan untuk mengenalkan barang atau perkhidmatan di pasaran.

Restoran
-Syarikat kami juga akan memasarkan kepada restoran atau kedai makan untuk menggunakan produk syarikat kami untuk disajikan kepada masyarakat.

Pasaraya
- Pasaraya juga salah satu cara syarikat memasarkan produk yang dikeluarkan untuk memasar dan meluaskan produk ke pasaran antarabangsa.


Ahmad Ridzuan bin Nayan S21785
Miza Hadirah Binti Muhammad Yazid S21668

0 comments:

PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT

Pengurusan kewangan syarikat ini tidak terlalu terperinci oleh disebabkan hak pengusaha sendiri.


1. PEMBELIAN BARANG BASAH

  • Udang basah
  • Tepung gandum
  • Cili kering
  • Gula
  • Garam

Kos pembelian barang basah adalah RM1000

2. PENGHASILAN PRODUK

  • Sekali proses dijalankan mampu menghasilkan 270 botol
  • Seminggu produk diproses sebanyak 3kali


270 botol x 3 = 810 botol (seminggu)
810 botol x 4 = 3240 botol (sebulan )


3. KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEH

Modal yang dikeluarkan adalah RM1000 dan keuntungan yang diperoleh adalah 30% daripada pengeluaran modal. Ini bermakna keuntungan yang diperoleh bagi setiap kali pemprosesan adalah RM300 untuk untung bersih.

  • Seminggu -  3 kali pemprosesan iaitu RM900
  • Sebulan    -  12 kali pemprosesan iaitu RM3600

keuntungan yang diperoleh dalam masa sebulan adalah RM3600 dan mampu menghasilkan 3240 botol.

NOTA :- Jika permintaan bagi sos cili meningkat keuntungan juga akan meningkat dan jika permintaan bagi sos cili berkurangan keuntungan bagi bulanan juga akan berkurang.


NUR LIYANA SUIED S21394
edit by MIZA HADIRAH BINTI MUHAMMAD YAZID S21668







0 comments:

KAEDAH MEMBUAT SESAR UNJUR


KAEDAH MEMBUAT SESAR UNJUR

Sebagaimana yang kita tahu sesar unjur agak asing bagi orang bukan Sarawak. Bagaimana kaedah untuk membuat susur unjur ini, ini adalah kaedahnya...

1. Udang yang bersaiz agak besar dibuang kulit dan ditinggalkan isi.

2. Dikukus ke dalam periuk pengukus selama 1 - 2 jam

3. Sewaktu aktiviti pengukusan tersebut udang tersebut akan ditekan dengan          menggunakan ibu jari sehingga sedikit lepir.

4. Diteruskan pengukusan beberapa minit.

5. Udang tersebut dijemur sehingga kering selama 2-3 hari.











NUR LIYANA SUIED S21394


0 comments:

GDP from Agriculture between 2013-2015


GDP from Agriculture in Malaysia show ups and down curve between 2013 until 2015 . Latest shown between January 2015 and July 2015 . The graph show in July 2014 and January 2015 is decreasing stiffly and between January 2015 and July 2015 is increased . In January 2015 GDP rate is 23017 MYR Million while in July 2015 , it increase up to 15% which is 26665 MYR Million . From the graph , we can conclude that in early year usually it will decrease and when come to the middle of the year , tha rate is increases .








CONCLUSION
  • In the early year , the graph is decreased because there is a lack of production and in early year usually farmer just started their planting process .
  • Middle of the year , the crops produce yield and the farmer start to harvest their agriculture product . 

Reference 


  • http://www.tradingeconomics.com/malaysia/gdp-from-agriculture
  • Dr Pn Ismawati bt Sharkawi , Pensyarah Jabatan Sains Sosial , Universiti Putra Malysia Kampus Bintulu , Sarawak .



Written by - NAJMI AIMAN BIN ZABIDI (S20953) 
DATE - 24/1/2016 

0 comments:

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOS UDANG / IKAN

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOS UDANG / IKAN


Bahan – bahan
1)      Cili kering
2)      Udang kering (Sesar Unjur)
3)      Cuka
4)      Gula
5)      Air
6)      Garam

7)      Pemekat yang boleh digunakan


Cara-cara membuat sos

Cuci dan pastikan cili kering didalam keadaan bersih

       
Apabila cili kering tersebut sudah dibersihkan, masukkan ia ke dalam mesin untuk dimasak bagi melembutkan cili kering tersebut untuk memudahkan apabila dikisar.


Anggaran untuk merebus satu guni cili kering ini adalah selama 1 jam, bagi memastikan cili kering tersebut betul-betul lembut dan masak.

Seterusnya, apabila cili kering tersebut sudah lembut dan masak. Masukkan ia ke dalam mesin pengisar.


Apabila cili kering sudah di kisar, masukkan ia ke dalam mesin yang di peringkat permulaan tadi untuk dimasak.

Tambahkan gula dan garam ke dalam cili yang sedang dimasak itu. Apabila gula dan garam telah larut masukkan pemekat yang boleh digunakan bagi memekatkan lagi sos tersebut.

Proses ini juga mengambil masa selama 1 jam bagi memastikan kesemua bahan betul-betul sebati.

Seterusnya, perlahankan api dan masukkan cuka secara berperingkat untuk mengelakkan ia daripada terlebih masam. Anggaran yang dijangka untuk pastikan ia betul-betul sebati adalah 1jam.

Akhir sekali, sos sudah siap dimasak, masukkan ia ke dalam mesin untuk dibotolkan dan disejukkan didalam suhu bilik.









Nurliyana Abdul Raza (S21358)

2 comments:

VALLEY INDUSTRI SDN. BHD. (SOS CILI )



 VALLEY INDUSTRI SDN. BHD.

SOS CILI










Produk yang dikeluarkan
1.       Sos cili ikan tuna
2.       Sos cili udang

Harga produk
1.       Botol saiz kecil
·         Kuantiti 450 g
·         Harga RM3.00

2.       Botol besar
·         Kuantiti 2 liter
·         Harga RM15.00


Carta Organisasi Syarikat

Pengurus
 

Pekerja ( 2 orang )
 


Pemandu sambilan (1 orang )


Pemasaran
1.    Memasarkan di sekitar kawasan kampung baru
2.    Memberi kepada orang tengah untuk dijualkan di Pasar Utama Bintulu
3.    Menjual sekitar kawasan Bintulu, Kuching , miri , sibu
4.    Pemasaran yang jauh yang pernah dibuat adalah di semenanjung (melaka)


Kursus yang pernah disertai
1.    Kursus anjuran MARDI pada tahun 2002.
2.    Kursus anjuran KUNITA (Pesatuan Isteri Nelayan ).


Pinjaman perniagaan
1.    Memohon pinjaman kepada AMANAH TEKUN MALAYSIA bagi membantu dalam pengahsilan produk sos tersebut.


Bantuan yang diperoleh
1.    Bantuan mesin dari pihak MARDI


Kuantiti penghasilan
1.    Mengikut tempahan yang diminta dan mampu menghasilkan 500 botol dalam masa 3 hari jika tempahan dalam kuantiti yang banyak.
2.    Secara purata penghasilan mampu memhasilkan 270 botol / sehari
 j.    menrima tempahan yang paling banyak atau ti ggi apabila musim perayaan 




NUR LIYANA BINTI SUIED S21394

     edit  MIZA HADIRAH BINTI MUHMAMMAD YAZID   S21668

0 comments:

LATAR BELAKANG INDUSTRI SOS DI MALAYSIA

LATAR BELAKANG INDUSTRI SOS DI MALAYSIA
Asal usul nama sos malaysia
Sos diambil daripada perkataan Inggeris iaitu sauce, manakala perkataan sauce adalah perkataan Perancis yang diambil dari Latin, salsus yang bermaksud masin. Menerusi enjin carian di internet, sos adalah antara elemen penting dalam masakan di seluruh dunia dan digunakan dalam pelbagai masakan sama ada sebagai bahan tambahan dalam makanan atau sebagai bahan sampingan.

Produk sos dan rakyat Malaysia

Boleh dikatakan, perasa sos yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah sos cili kerana ia sesuai dengan sinonim dengan rakyat Malaysia dan cita rasa masyarakat negara ini yang kebanyakannya menyukai rasa yang agak pedas selain memerlukan penambah rasa dalam setiap makanan. Selain itu, sos cili sering dijadikan bahan sampingan dalam juadah makanan. Selain itu, industri sos di Malaysia ini juga semakin berkembangan. Tanaman cili di Malaysia bukan sahaja hanya berasakan sos sahaja tetapi di tambah nilai dengan menambah ikan dan udang di dalamnya.

Industri sos di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
1.Kumpulan Besar
Kategori ini dilihat apabila pengeluar mampu memasarkan produk mereka hingga keseluruh Malaysia dan syarikat yang telah stabil disamping mempunyai perkongsian pasaran “market share” yang luas. Penggunaan teknologi dan mesin serta kilang yang besar mampu mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak pada setiap hari. Syarikat ini juga selalu mempromosikan produk dengan menggunakan media massa. Antara syarikat kategori ini ialah Region Food Industries Sdn. Bhd. dengan jenama produk Life. Nestle (Malaysia) Berhad dengan jenama produk iaitu Maggi. Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. dengan jenama produk Kimball. Zara Foodstuff Industries dengan jenama Kipas Udang.

2. Kecil dan sederhana

Kategori ini pula dilihat apabila pengeluar adalah para usahawan kecil dan sederhana yang baru di dalam bidang ini. Mereka tidak menggunakan media massa untuk mempromosikan produk tetapi produk terus dihantar ke peruncit untuk dijual kepada pengguna. Pengeluaran produk hanya mampu sampai ke sesetengah daerah ataupun negeri di Malaysia. Antara syarikat kategori ini ialah Mudim Sdn. Bhd dengan jenama Mudim dan SMN Food. Sdn. Bhd dengan jenama Cap Kaki Ayam.

Kesimpulan

Produk sos di Malaysia mampu diperluaskan lagi jika pengusaha bertindak dan mengorak langkah ke depan dengan mengembangkan lagi produk yang dikeluarkan secara mempromosikan, meningkatkan stuktur rasa selain mengiklanan dan pemasaran. Tidak dinafikan banyak produk sos bumiputra sudah berjaya memecah masuk pemasarannya ke negara barat tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang menghasilkan sos tetapi masih di takuk yang lama dan tiada peningkatan. Oleh itu, inisiatif perlu dilakukan bagi mengkatkan lagi indeks pengeluran sos di Malaysia.

NUR LIYANA BINTI SUIED  S21394


0 comments:

LATAR BELAKANG INDUSTRI

Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) 

proses pembuatan , pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang- barang siap terlibat.

- IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat dan merupakan syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta . Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .

- Sos cili udang yang diusahakan oleh Puan Hanidah bt Abdul Kadir adalah dalam kategori IKS kerana mempunya modal yang tidak besar dan bilangan kakitangan beliau hanya 5 orang .

-  Beliau menjalankan perniagaan dan pemprosesan produk hanya di rumah beliau yang terletak di Kg Baru , Bintulu iaitu kawasan kampung . IKS lazimnya terletak di lot kawasan perindustrian yang berharga yang lebih murah dan juga berhampiran dengan bandar,desa, rumah kediaman sendiri atau di pinggir bandar. 

Peralatan dan mesin yang digunakan juga kurang maju dan berteknologi tinggi .Tahap teknologi pengeluaran IKS adalah rendah, berbentuk inrensif buruh, dan kurang
menggunakan mesin serta kurang menggunakan mesin serta kurang mengamalkan automasi .

- Organisasi syarikat Pn Hanidah juga lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik dan kurang formal berbanding dengan industri besar. Pengkhususan pula tidak dapat diamal sepenuhnya dan organisasinya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara . 



Najmi Aiman Bin Zabidi (S20953)


0 comments:

Analisis SWOT

ANALISIS SWOT



Analisis pada dasarnya adalah alat perancangan strategik yang sepadan dengan kekuatan dalaman organisasi dan kelemahan dengan peluang-peluang persekitaran luar dan ancaman. 

Analisis SWOT adalah berdasarkan kepada andaian bahawa jika pengurus dengan teliti kekuatan itu, kelemahan, peluang dan ancaman, strategi yang berkesan untuk memastikan kejayaan organisasi akan menjadi bukti.

Analisis ini dilakukan ke atas perniagaan KUNITA Sos Cili Udang 

ü Strength (Kekuatan)
Tidak terlalu banyak persaingan kerana harganya yang murah
Menginovasi produk yang sedia ada - Sos Cili UDANG 
Permintaan yang berterusan - daripada pelanggan yang tetap 
Ketersediaan produk yang diketahui ramai (availability) - jika pengguna inginkan 
produk ini, para pelanggan lebih terdorong untuk membeli daripada KUNITA Sos Cili 
Udang -Sesar Unjur milik Pn. Hanidah

ü Weaknesses (Kelemahan)
Gangguan sumber yang berterusan - boleh berlaku disebabkan cuaca atau musim 
(hasil laut) yang tidak mengeluarkan hasil mencukupi.
Tidak terdedah kepada promosi secara meluas (hanya yang terdekat)
Majoriti proses penjualan dan proses penghasilan dilakukan di rumah
Tidak melibatkan penjualan atau penghantaran luar dari sempadan (Sarawak) -  kecuali dijemput untuk menghadiri karnival jualan yang dianjurkan sesetengah  pihak
Belum mendapat persijilan halal kerana kerumitan proses mendapat sijil halal di  bahagian Sarawak - (namun produk ini dijamin halal :)
Tiada pendedahan kepada teknologi atau media sosial bertujuan untuk promosi bagi meluaskan produk


ü Opportunities (Peluang)
Melebarkan rangkaian jualan ke seluruh kawasan di Malaysia
Memperkenalkan produk yang masih belum dikenali ramai - lebih-lebih lagi bagi penduduk di Semenanjung Malaysia
Menambah lagi barisan produk (product line) - kini KUNITA juga telah mengeluarkan produk Sos Cili Ikan Tuna
Membuat pengedaran ke kedai-kedai runcit tempatan atau pasaraya yang lebih meluas 
menggunakan teknologi atau media sosial bagi memudahkan proses pemasaran produk 

ü Threats (Ancaman)
Kemasukan peniaga-peniaga baru dalam industri sos cili udang
Kurang pendedahan kepada teknologi dan E-Perdagangan - perubahan teknologi terkini
Produk terhalang dengan kehadiran produk baru yang lebih menarik minat pelanggan - keterbiasaan (familiarity) dengan produk yang sedia ada
kesukaran dalam mendapatkan sijil halal kerana prosesnya yang begitu rumit

rujukan : buku "Principle of Management Second Edition - Oxford"
hasil temuramah Puan Hanidah binti Abd. Kadir

NURALIYA BINTI MUHAMMAD                     [S20667]
MIZA HADIRAH BINTI MUHAMMAD YAZID  [S21668]

1 comments: